Sunday, May 2, 2010

LOVE THEM; HATE NO MORE

Why must we love them??
Answers :
1. They are cute
2. They are innocent
3. They can't talk
continue..............
They love each other
They sleep a lot


They eat less - not more than 100g fish

Fight no more - they know what is peace means

They can't talk

They can't identify colors.  For them; all the same (Black & White)

They are special. You name the rest. 


FIGHT NO MORE.  
WE ARE EXTRA SPECIAL THAN CATS. BE GRATEFUL.




PENGALAMAN DI TAMAN TUMBINA BINTULU

Pernah tengok binatang ini?  Ya..betul.  Inilah rusa.  Ia terdapat di Taman Tumbina Bintulu.  Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana kamera yang saya gunakan ini dari telefon Sony Ericsson..yalah tak berapa jelas.  Kamera saya yang mahal tu dah kena curi sebulan lalu.  Rumah saya kena ceroboh pencuri siang siang hari lagi...malangnya.

Baiklah, saya ingin berkongsi pengalaman semasa saya berkunjung ke Taman Tumbina. Rasa seronok tu tak terhingga kerana saya ni boleh dikatakan seorang yang penyayang terhadap binatang.  Entahlah, mungkin dari kecil saya telah dididik kedua orang tua saya agar menyayangi binatang sebab ia bernyawa dan langsung tak bersalah.  Tapi jangan salah sangka, saya bukan vegetarian..hahaha..

Inilah pintu masuk ke Taman Tumbina.  Senang untuk dicari.


Tiket masuk dikenakan sangat murah.  RM2.00 untuk dewasa manakala RM0.50 untuk kanak-kanak.  Saya lupa pula nak ambil waktu lawatan.


Saya mulakan lawatan saya ke kandang rusa.  Besar juga rusa ni ya.. Ini pula adalah jalan kayu belian menuju ke kandang beruang (Sun Bear) & kandang harimau. Baik anda berhati-hati kerana jalan ini agak licin terutama sekali selepas hujan. 


Inilah sebahagian daripada  pokok-pokok hutan yang terdapat di Taman Tumbina.  Ia masih tidak terusik dan saya amat mengaguminya.  Teringat saya diwaktu zaman kanak-kanak dahulu, ayah & ibu selalu membawa saya masuk hutan melalui sungai-sungai kecil di Balingian untuk mencari ikan-ikan sungai.  Indahnya diwaktu itu...apakah ia dapat diulangi lagi???


Ini pula Taman Kaktus, pelbagai jenis kaktus yang terdapat ditaman ini. Cuba cari....
Ini yang saya tak puas hati.  Ada-ada saja vandalisme berlaku.  Ada ke patut mereka ni menghiris pokok kaktus ni dengan nama dia orang.  Nama dia orang tak ada kat Pejabat Pendaftaran Negara ke???

Nombor ekorpun ada...Maaf, saya tak berani ambil gambar nombor tu sebab saya takut nombor tu keluar.  kalau siapa-siapa yang baca ni, berkunjunglah sendiri ke Taman Tumbina cari nombor tersebut.
 
Anda jangan khuatir, kerana dalam Taman Tumbina ni ada tandas ditengah-tengah hutan.  Kalau emergency case tu, senang mahu cari tandas.  Faham-fahamlah wahai pria-pria, jangan sembarangan...tandas ada disediakan, jangan bimbang.
 
Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan...nak jumpa Manai.  Nama harimau yang kecil tu Manai.  Setahu saya, nama Manai tu nama pribumi Sarawak.  Manai pula harimau yang pertama dilahirkan di Sarawak pada tahun 2004.  So, harimau ini dah dapat title Bumiputera Sarawak...correct me if I'm wrong.
Tengok tu, Manai tengah tidur. Saya tak berani kejutkan Manai sebab inilah kali pertama saya tengok harimau "live".  Percaya tak?  
Inilah sudut 5S Harimau.  Boleh tahan juga Si Manai ni ...ada sudut 5S.  Baguslah, taklah berterabur rumah Si Manai. Tahniah!
Ini apa pulak ni...Setahu saya tempat ni kandang harimau.  Kenapa pulak ada Statue Singa.  Pelik sungguh.  Somebody please explain to me.

Ada Burung Unta.  Kasihan dia orang tak banyak bulu tinggal.  Ada buat breeding tak?? Saya rasa burung unta ni dah tua...
Unggas pun banyak...tapi sayang, burung kenyalang adalah antara burung yang semakin pupus.  Sama-samalah kita melindungi burung kenyalang di bumi Sarawak.

Ikan Arapaima Gigas pun ada.  Saiznya sudah sebesar saya.  Bayangkan.  Maaf, gambar tak dapat disertakan, tak jelas. 

Ini adalah klinik haiwan di Taman Tumbina.  Kalau terdapat haiwan di taman yang sakit, ia akan dirawat di sini. 


Ketidakpuasan hati

Untuk merasai pengalaman seperti yang telah saya rasakan, berkunjunglah sendiri ke Taman Tumbina.  Catatan saya belum berakhir di sini.  Ada perkara yang sangat mengusik jiwa saya dan diharap akan ada tindakan selepas ini demi kebaikan bersama.
Lalang-lalang yang menyakitkan mata memandang di taman tanaman.  Harap dapat dibuang supaya pengunjung dapat membezakan yang mana tanaman yang mana lalang.
Ini adalah bekas minuman yang ditinggalkan pengunjung di tempat Manai.  Patut ada kesedaran sivik untuk kebaikan bersama. Sungguh tak bertanggungjawab.
Tiang lampu ini pula sudah lapuk ditelan zaman.  Cubalah catkan baru supaya lebih ceria daripada menggantikan tiang baru dan berbelanja duit banyak.  
Sepanjang perjalanan tersebut, saya tiada langsung melihat papan tanda seperti; 'Jangan Buang Putung Rokok Sembarangan' - takut hutan terbakar; atau ' Jangan Buang Sampah Merata-rata' atau ' Dilarang Memberi Haiwan Makan' - takut keracunan; atau 'Jangan Menganggu Haiwan' atau 'Jalan Licin'; atau apa-apa....

Tapi yang saya tengok papan tanda yang pelik seperti di atas.  Apa maksud tu??? Tak ada pula T-Junction kat situ supaya orang berhenti ke apa...tak faham. 

Kantin yang tidak digunakan.  Very wasteful.  Cubalah kantin ni digunakan sebagai pusat menjual barang cenderamata; apa-apa saja yang berkenaan dengan Taman Tumbina yang dapat memberi pendapatan kepada Taman khazanah ini.  My suggestion :- jual postcard Manai ke..pensil burung kenyalang ke..tabung ikan Arapaima ke...ataupun, barangan Sarawak sebagai cenderamata.  Cuba buat sesuatu supaya Taman Tumbina sebagai trademark Bintulu yang sangat disegani.
Hazardous to visitors.  Tak mahal ganti papan ini kalau tak silap saya.
Air bertakung yang boleh mengundang pembiakkan nyamuk.

Walaupun begitu, saya berharap catatan yang saya tuliskan ini tidak menyinggung perasaan sesiapa. Saya amat faham kerana tidak semua perkara adalah sempurna.  Saya mahu berkongsi pengalaman dan saya tahu sesetengah orang yang tidak nampak atau buat-buat tak nampak ataupun nampak tapi tak tahu nak cakap apa...akhirnya..jawapan mereka..BIARLAH, APA BOLEH BUAT.

Jawapan ajaib seperti inilah akan mengubur dan memusnahkan kecantikkan alam sekitar.  Sampai bila kita perlu berpegang kepada sikap TAK MAHU BUSY BODY, BUKAN KERJA SAYAPUN... Sikap seperti ini patut kita ketepikan sebentar.  

Adakah saya membebel??Anda sendiri fikirkan. Saya TAK NAK TAHU, BUKAN MASALAH SAYA. 

Sekian sahaja.  Jumpa lagi di masa akan datang dengan catatan yang lebih menarik & mengguris perasaan. Nantikan.